Friday, January 22, 2021

BBN3402SATU2020:PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

                                          

                                      

Hari berganti hari, masa sentiasa berjalan setiap detik sehingga tanpa aku sedar kelas untuk semester 2020/2021 bakal melabuhkan tirai. Selama 14 minggu belajar dari rumah, tipulah kalau tiada cabaran, onak duri, ombak badai, taufan yang melanda. Walaubagaimana pun Alhamdulillah aku berjaya mengharunginya sehingga hari ini.

Tapi tiba-tiba aku rasa macam nak mengarang tentang satu kursus ni. Nak dengar tak?

Begini, tahun ni aku berada di semester terakhir, maka kena pastikan jam kredit cukup agar aku dapat bergarduat. Pada hari pendaftaran kursus itu, selepas aku siap mendaftar kursus yang dibuka, aku dapati satu kursus lagi untuk cukupkan jam kreadit pada semester ini. Pada mulanya, aku tak terfikir untuk ambil satu kursus ni iaitu penterjemahan berbantukan komputer kerana pada sem 3 haritu kawan-kawan aku telah ambik kursus ini dan mereka cakap kursus ini susah sebab pensyarah yang mengajar sangat tegas, suka bagi kerja banyak dan suruh hantar cepat. Kalau ingat balik, memang aku nampak lah setiap kali ada kelas kursus tu mereka sampai tak sempat nak makan.

Hal ini menyebabkan aku tak berminat untuk mengambil kursus itu. Pada mulanya memang aku tak pernah mengenali pensyarah yang dikenali sebagai ProfDRN. Namun, kita hanya mampu merancang, tuhan yang menetukan segalanya. Pada sem 4 kami diwajibkan mengambil kursus multimedia dalam bahasa kerana kelas itu, aku mengenali ProfDRN dan mengetahui bagaimana beliau mengajar pelajarnya. Tidak dapat dinafikan, kerja yang Prof bagi setiap minggu memang banyak. Tapi kena selalu ingat tagline Prof lah ‘redhaje”. Maka buat je.

Selepas keputusan sem 4 keluar, aq dapati keputusan untuk kursus yang diajar oleh prof sangat memuaskan dan selayaknya dengan tugasan yang kita buat. Maka dari situ aku tahu yang Prof seorang yang pemurah untuk bagi markah kepada pelajarnya.

Maka untuk cukupkan jam kreadit sem 5, aku mendaftar kursus penterjemahan berbantukan komputer. Walaupun pada masa yang sama aku takut sebab takde kawan dalam kelas tu kerana kawan-kawan aku yang lain telah ambik sem lepas. Tapi aku gagahkan diri juga, lagipun belajar kat rumah jadi tiada masalah rasanya.

Maka bermulalah episode baru untuk sem 5. Kelas pertama, Alhamdulillah prof tak bagi kerja banyak pun. Setakat terjemahkan kata kerja dalam bahasa inggeris. Senang lah. Dari situ aku macam menafikan kata kawan –kawan aku dulu yang menyatakan prof akan beri kerja banyak.

Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kelas yang berikutnya, tidak lagi seperti kelas pertama, apabila prof memberi kerja kepada kami secara individu dan kumpulan yang perlu di siapkan pada hari itu juga. Jangan cakapkan fizikal dan mental aku je yang terkejut. Laptop, henfon aku pun terkejut. Tapi semuanya berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan mengikut masa yang prof inginkan.

Minggu berganti minggu, aku dapat biasakan diri untuk siapkan kerja mengikut masa yang ditetapkan. Kalau orang tidak biasa buat kerja mengikut masa yang ditetapkan memang akan mengomel dan sebagainya. Aku sedar cara prof mengajar itu sebenarnya untuk menjadikan kami sebagai seorang yang berdisplin dan berdedikasi untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof. kerana telah mencurahkan ilmu dan mendidik kami tanpa jemu. Semoga Allah membalas segala jasa prof.

 

Terima kasih Prof ❤🌹 


MINGGU 1: EXCEL

MINGGU 2: EXCEL

MINGGU 2: CERITA SOSIAL  

MINGGU 3: EXCEL 

MINGGU 3: PUISI  

MINGGU 4: EXCEL 

MUNGGU 4: ALIM

MINGGU 4: PRAKATA DAN BAB 1

MINGGU 5: EXCEL 

MINGGU 5: JADUAL EDITED  

MINGGU 5: CLEAN 

 MINGGU 6: PROF DI UK 

MINGGU 6: UJARAN EDITED  

MINGGU 6: UJARAN CLEAN  

MINGGU 6: TESIS 

MINGGU 7: EXCEL  

MINGGU 7: QUOTATION

MINGGU 8: BERITA AWANI

MINGGU 8: TESIS  

MINGGU 8: TWITTER 

MINGGU 9: TESIS BAB 1

MINGGU 9: WACANA  

MINGGU 9: CERITA PENDEK  

 MINGGU 9: QUOTATION (2)

MINGGU 10: TESIS

MINGGU 10: QUOTATION (3)

MINGGU 10: RESIPI (1)

MINGGU 10: RESIPI (2)

MINGGU 10: RESIPI (3)

MINGGU 10: RESIPI (4)

MINGGU 11: QUOTATION (4)

MINGGU 11: HURAIAN TESIS 

MINGGU 11: ASAS GRAFIK

 MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (1)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (2)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (3)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (4)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (5)  

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (6)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (7)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (8)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (9)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (10)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VISEO (11)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (12) 

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (13)

 

 

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020:PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

                                                                                            Hari berganti hari, masa sentiasa berjalan set...