Menurut Normaliza Abd Rahim (2019),
asas grafik merupakan perkara asas yang penting untuk diketahui dan difahami
oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan
yang mengandungi grafik. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu:
1. Mudah
Mudah didefinisikan
sebagai apabila seseorang itu melihat sesuatu gambar atau video ia dapat fahami
dengan mudah apa yang ada dalam gambar tersebut malah mesej yang ingin
disampaikan juga difahami tanpa sebarang kekeliruan.
2.
Warna
Warna didefinisikan
sebagai kombinasi warna yang terdapat dalam sesuatu gambar atau video. Warna
yang digunakan mestilah menyerlah agar gambar itu kelihatan lebih menarik. Grafik
yang baik seharusnya mengandungi tidak lebih daripada tiga warna.
3. Teks
Teks merujuk pada jenis dan
saiz font yang dipilih dalam grafik. Untuk
menghasilkan grafik yang terdapat teks, kandungan dalam teks perlu diambil kira
bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Pemilihan warna font teks perlulah diambil kira agar mesej dapat disampaikan dengan
baik.
4.
Kesesuaian
Kesesuaian didefinisikan
sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa dan
latar watak yang terdapat dalam sesuatu gambar atau video. Setiap latar
perlulah bersesuaian antara satu sama lain.
5. Keseimbangan
Keseimbangan merujuk
kepada ruang dalam foto atau video. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang kiri dan
kanan serta ruang atas dan bawah sesuatu grafik. Setiap ruang yang terdapat
dalam sesuatu grafik itu perlulah mempunyai keseimbangan yang sama.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim. (2019), Multimedia dalam Bahasa.Selangor: Penerbit UPM
No comments:
Post a Comment