Tuesday, January 5, 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU 11 HURAIAN TESIS

 

 

1.   Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

 

Huraian: Setiap penulisan tesis, buku mahupun artikel tidak boleh plagiat mana-mana ayat atau rujukan bahkan kita perlu melakukan penulisan sendiri hasil daripada idea sendiri. Apabila kita ingin mengambil ayat artikel mana- mana sumber atau rujukan kita perlu menukar ayat tersebut menggunakan ayat sendiri dan perlu menyatakan sumber daripada mana. Sebagai contoh perlu menulis nama penulis, tahun, tajuk dan alamat tesis tersebut.

 

 

2.  Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

 

Huraian: Tesis yang dilakukan perlu dibuat melalui penyemakkan dan penyuntingan terlebih dahulu menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia. Hal ini bertujuan bagi memastikan tesis yang dilakukan tidak mempunyai kadar plagiat yang tinggi. 

 

 

3.    Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

 

Huraian: Setiap bahan rujukan yang hendak dirujuk hendaklah diambil daripada rujukan yang pertama dan harus mengelakkan daripada banyak mengambil rujukan sekunder. Sebagai contoh, dalam penulisan artikel yang dirujuk ada memetik mana-mana kajian lain, maka sekiranya pelajar atau individu tersebut hendak mengambil kajian yang dipetik dalam penulisan artikel itu, hendaklah dicari dan merujuk kajian yang asal dan bukan hanya merujuk artikel yang memetik kajian itu. 

 

 

4.  Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

 

Huraian: Setiap pelajar atau individu yang ingin menjalankan kajian dan melakukan penulisan tesis, pembacaan artikel terkini yang banyak sekurang-kurangnya 50 buah artikel adalah disarankan. Hal ini bertujuan untuk memastikan pelajar atau individu tersebut lebih memahami tentang kajian yang hendak dijalankan dan secara tidak langsung mampu membantu dalam mencari lompang kajian atau jurang kajian. 

 

 

5.  Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

 

Huraian: Setiap pelajar yang ingin menjalankan sebuah kajian, adalah disarankan untuk menghadiri seminar atau persidangan supaya mereka mendapat pelbagai maklumat atau idea tentang kajian yang berkaitan dengan kajian yang ingin dijalankan. Hal ini kerana pelajar tersebut dapat memberi gambaran dan membantu dalam proses pelaksanaan kajian yang ingin dilakukan. 

 

 

6.  Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

 

Huraian: Setiap kajian atau penyelidikan yang dijalankan oleh setiap pelajar perlu membuat rundingan dengan penyelia untuk memastikan tajuk yang dipilih perlu bersesuai dengan bidang yang diceburi. Pastikan tidak berbincang dengan pelajar lain. Hal ini kerana untuk memastikan kajian yang dilakukan perlu dipersetujui oleh penyelia masing-masing.

 

 

7.   Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

 

Huraian: Penulisan tesis yang dilakukan juga hendaklah menitikberatkan jumlah halaman pada setiap bab bagi mengelakkan berlakunya kekurangan halaman mengikut syarat pelaksanaan penulisan tesis tersebut. Pada Bab 1 jumlah halaman adalah sekitar 10 hingga 12 halaman, Bab 2 sekitar 30 halaman bagi bacelor dan Master, manakala bagi PhD sekitar 50 halaman, Bab 3 adalah dalam 10 hingga 12 halaman, Bab 4 lebih kurang 40 halaman untuk setiap satu objektif kajian, dan pada Bab 5 ialah antara lapan hingga 12 halaman. 

 

 

8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

 

Huraian: Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti, dan universiti masing-masing, kebiasaannya keseluruhan tesis mempunyai dalam 80 halaman maksimun bagi bacelor, 81 hingga 150 halaman bagi Master, dan 151 hingga 240 halaman bagi PhD. Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

 

 

9.    Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

 

Huraian: Sepanjang tempoh pengajian, adalah disarankan untuk membuat perancangan yang teliti atau membuat jadual. Hal ini adalah kerana, tanpa perancangan yang teliti perkara tersebut mampu memberi kesan kepada pelaksanaan kajian dan penulisan tesis. Sekiranya gagal membuat perancangan yang teliti, maka penulisan tesis dan kajian yang dilakukan juga boleh tergendala atau tidak mampu untuk diselesaikan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

 

 

Rujukan:  

Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

 

 


  Bukti kehadiran minggu 11


 

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020:PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

                                                                                            Hari berganti hari, masa sentiasa berjalan set...