Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog


Cara-cara menulis blog dengan baik. 

1.Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2.Cerita manarik yang dapat menarik hati pembaca.
3.Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4.Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. 
5.Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6.Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. 
7.Dapat dibaca dan difahami.
8.Dapat berkomunikasi dengan pembaca. 
9.Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10.Berilmu untuk penulisan pendidikan.



Terdapat 10 cara yang boleh saya kongsikan untuk anda menulis blog dengan baik. Bermula dengan mencipta tajuk yang menarik dan tertarik supaya dapat menarik perhatian pembaca untuk ingin membaca blog kita. Seterusnya, menulis cerita yang menarik seperti menulis info yang mengenai kehidupan, isu semasa, travelog makanan dan pelbagai lagi. Ia dapat membantu pembaca memeperolehi maklumat yang berfaedah. Seterusnya, masukkan ayat yang humor atau jenaka supaya penulisan blog kita lebih menarik dah pembaca tidak bosan untuk membaca blog kita. Selain itu, pastikan kita juga memasukkan hujah yang baik untuk menghuraikan penulisan kita agar pembaca tahu apa yang ingin kita sampaikan dan percaya dengan apa yang kita tulis. Seterusnya menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas agar penulisan kita mudah difahami dan boleh dibaca oleh pelbagai lapisan umur dan yang paling penting selitkan atau masukkan moral dan nilai yang boleh kita semua contohi agar penulisan kita itu lebih berfaedah dan dapat memberikan ilmu kepada pembaca. Hal ini akan membuatkan pembaca tidak merasakan masanya dibuang dengan membaca penulisan kita yang membolehkan mereka memperoleh info yang berguna. Apabila anda mengikuti cara yang telah saya kongsikan ini penulisan blog anda akan lebih baik dan akan kelihatan lebih menarik sekaligus lebih ramai orang yang ingin membacanya.


RUJUKAN


Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: UMT Publisher.

Normaliza Abd Rahim (2014). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: UMT Publisher.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020:PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

                                                                                            Hari berganti hari, masa sentiasa berjalan set...