Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu:RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG 




Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran nahasa dan pembelajaran multimedia. Keputusan bagi pengajian kesusasteraan. Genre kesusasteraan yang paling tinggi dipilih ialah cerpen pendek iaitu sebanyak 86.7% responden lelaki dan 96.7% responden wanita. Hal ini menunjukkan bahawa blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis cerpen pendek. Keputusan menunjukkan responden wanita mempunyai peratusan yang tinggi berbanding responden lelaki. Responden menyatakan bahawa mereka menulis cerpen pendek bagi menambah baik kemahiran menulis.
Penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Keputusan blog dalam pembelajaran bahasa yang paling tinggi adalah menulis di dalam blog adalah cara mereka untuk meluahkan perasaan. Sebanyak 66.7% bagi responden lelaki dan 100% bagi responden wanita menyatakan bahawa cara meluahkan perasaan dengan baik adalah melalui blog. Peratusan responden wanita lebih tinggi berbanding lelaki kerana wanita lebih bersikap sentimental.
Penulisan blog juga membantu responden dalam pembelajaran teknologi. Blog dalam pembelajaran teknologi yang paling tinggi ialah video, sebanyak 100% responden lelaki dan wanita menyatakan dengan memasukkan video ke dalam blog, ia memberi kepuasan kepada mereka. Responden juga menyatakan bahawa muzik video yang mereka pilih adalah sesuai dan berkait dengan cerita yang mereka tulis. Selain itu, penulisan blog dalam pembelajaran teknologi yang tinggi juga ialah audio. Bilangan peratusan untuk kedua-dua responden lelaki dan wanita adalah sama iaitu 100%. Ii menunjukkan mereka berminat dengan audio kerana kesemua blog mengandungi lagu kegemaran mereka dan lagu-lagu ini diletakkan dalam senarai main lagu.
Keputusan kajian jelas menunjukkan bahawa blog membantu responden untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Menulis blog meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Selain itu, kajian ini membantu pengajar untuk mengambil kira Kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi untuk berlaku dalam masa yang sama dan ia dapat menumpukan kepada teknologi yang lain bagi meningkatkan gaya penulisan dalam bahasa kedua.

Rujukan/bibliografi
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: UMT Publisher.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020:PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

                                                                                            Hari berganti hari, masa sentiasa berjalan set...