Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1


Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk



Cerita sosial 1 yang bertajuk nenek dan datuk menceritakan Alim dan keluarganya yang akan pulang ke kampung sebelah ibunya. Alim amat seronok untuk pulang ke kampung kerana dia ingin bermain dengan ayam dan itik yang dibela oleh nenek dan datuknya di kampung kerana di rumahnya, keluarganya tidak membela ayam dan itik. Sesampainya mereka di kampung nenek dan datuknya, Alim terus keluar dari kereta dan mencari ayam dan itik. Namun, Alim berasa sedih, marah lalu menangis kerana dia tidak menjumpai ayam dan itik nenek dan datuknya. Nenek dan datuk berasa pelik melihat Alim menangis lalu berlari mendapatkan Alim. Setelah nenek dan datuk mengetahui kenapa Alim menangis lalu neneknya menunjukkan kearah sesuatu kepada Alim. Setelah melihat apa yang ditujukkan oleh neneknya, Alim terus berjalan kearah itu sambil tersenyum kerana Alim telah menjumpai ayam dan itik. Rupa-rupanya, ayam dan itik nenek dan datuknya berada di dalam reban baharu.  Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim masuk ke dalam rumah, dia agak keliru kerana melihat keadaan rumah nenek dan datuknya yang berlainan seperti biasa lalu dia berasa sedih dan terus menangis kerana dia menyangkakan rumah dan datuknya sudah tiada. Namun nenek memujuk Alim sambil berjalan keliling rumah. Suasana kampung yang berlainan membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat.


RUJUKAN 


Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: UMT Publisher.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020:PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

                                                                                            Hari berganti hari, masa sentiasa berjalan set...