Thursday, February 27, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA'. BUKU KAJIAN WACANA


Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

1) Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam hari

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati- hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


Assalamualaikum semua,
Pada cuti semester lepas, saya telah bercuti selama tiga minggu dan saya lebih banyak menghabiskan masa saya bersama keluarga saya. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan bersama antaranya ialah memasak, makan bersama dan bercuti. Setiap hari saya akan membantu ibu dan bapa saya. Bermula di pagi hari, saya membantu ibu saya menyemur baju, mengemas rumah dan memasak manakala pada petang hari saya akan membantu ibu bapa saya berkebun membasuh kereta atau beriadah bersama keluarga. Saya berasa berpuas hati apabila membantu ibu bapa saya kerana ia dapat meringankan beban ibu bapa saya. Saya sangat menyayangi ibu bapa saya dan adik beradik saya kerana mereka adalah orang-orang yang sentiasa ada ketika saya memerlukan mereka dan mereka sentiasa ada ketika saya susah dan senang. Oleh itu, saya sentiasa menjaga budi pekerti saya untuk keluarga saya yang dicintai. Saya sangat menyayangi dan sentiasa merindui keluarga saya.


RUJUKAN 

Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: UMT Publisher.


No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020:PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

                                                                                            Hari berganti hari, masa sentiasa berjalan set...