Facebook merupakan medium untuk berkomunikasi dan digunakan bagi tujuan pembeljaran tidak formal, tetapi ia bukan satu alat untuk pengajaran formal. Selain itu, Facebook satu platform di mana pelajar mampu menghargai dan menilai kebaikan pembelajaran berkolaborasi yang tidak ada bagi mereka jika mereka bekerja secara individu. Seterusnya, Facebook boleh jadi satu persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dan berguna yang boleh menyokong atau meningkatkan pembelajaran bahasa. Selain itu, Facebook dapat meningkatkan tahap keyakinan mereka serta membuat mereka lebih berani untuk menggunakan bahasa terutamanya dalam penulisan. Akhir sekali, Facebook boleh membantu guru untuk melibatkan pelajar di luar kelas dan pengajar juga boleh mempelajari trend dan isu dalam pendidikan bahasa Inggeris sebagai bahasa asing.
Twitter adalah rangkaian sosial paling senang untuk akses. Selain itu, Twitter dapat mendorong pengguna untuk membaca. Seterusnya, Twitter dapat mengikuti sesiapa yang pengguna rasa relevan atau berkaitan dengan keperluan. Selain itu, Twitter membantu mereka dalam pelbagai cara sejak semua yang berlaku dalam hantaran adalah pantas. Akhir sekali, Twitter menyebarkan berita yang sangat pantas dan kebanyakan berita adalah benar dan tidak direka.
RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd
Rahim (2019), Eh!!!
Media Sosial. Kuala Terengganu: UMT Publisher.