Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus
dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah
penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah
faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim,
2017)
Menurut Normaliza Abd Rahim, menulis
cerita mengenai kehidupan secara individu memberi kesan kepada pelajar semasa
proses penulisan. Tidak semua individu yang berani untuk menulis cerita tentang
kehidupannya lebih-lebih lagi di media sosial kerana mereka kurang berkeyaninan
untuk menulis dan bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya dan
ini merupakan salah satu cabaran untuk seseorang belajar penulisan. Namun,
penulisan secara individu mampu membantu para pelajar untuk lebih kreatif dan
memberi keyakinan kepada mereka untuk menulis. Ini merupakan peluang bagi
mereka untuk memberi buah fikiran dan berkongsi pendapat kepada orang lain. Selain
itu, proses pembelajaran bahasa lebih efektif sekiranya pelajar melibatkan diri
secara terus dalam aktiviti pembelajarankerana mereka lebih fokus pada proses
pembelajaran bahasa. Sebagai contoh, pertandingan penulisan ia akan memberi peluang
kepada pelajar untuk membuat penulisan dan menerbitkannya.
kata kunci
RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd
Rahim (2019), Eh!!!
Media Sosial. Kuala Terengganu: UMT Publisher.
No comments:
Post a Comment