Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Ashiaaap production (kumpulan 4) 






 




 



Pembelajaran hari ini ialah asas grafik. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Setiap elemam seharusnya terdapat dalam foto mahupun video atau apa juga bahan yang berkaitan dengan grafik kerana asas grafik merupakan elemen penting dalam setiap grafik yang dipaparkan. Maka kami diminta untuk membuat tugasan dalam kumpulan dengan mencari foto-foto yang terdapat dalam majalah terpakai yang setiap foto perlu ada salah satu antara lima elemen asas grafik. Bermula dengan mencari foto yang bersesuaian dengan lima elemen asas grafik. Selepas itu, kami akan menampal foto yang telah dipilih di mounting board berwarna hitam. Proses seterusnya, kami membuat lubang di atas setiap mounting board untuk diikat reben agar ia menjadi satu buku. Akhir sekali, kami perlu mencari nama dan no matrik masing-masing menggunakan huruf yang ada di majalah sahaja dan tampal di mounting board hadapan sebagai muka hadapan.



No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020:PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

                                                                                            Hari berganti hari, masa sentiasa berjalan set...