Monday, March 16, 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY



 



Tugasan  pada minggu ini, kami diminta untuk menghasilkan gambar flatlay. Terdapat 4 jenis flatlay iaitu flatlay sudut (90), half flatlay sudut (45), quarter flatlay sudut (22.5) dan zero flatlay (0).

Wednesday, March 11, 2020

BBM3410Satu2020:Asas Fotografik





                               https://www.youtube.com/watch?v=QTh0hFy5rLA&feature=youtu.be
 

Asas Fotografik seterusnya kami belajar untuk mengambil gambar jenis over the shoulder. bird's eye view, siluet. seterusnya, kabur, pendua dan bayang-bayang. 
 hasil gambar yang kami ambil telah diuploud di dalam youtube.



Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu: Kepentingan Asas Grafik


BBM3410Satu: ASAS GRAFIK



Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), asas grafik merupakan perkara asas yang penting untuk diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu:

1.  Mudah
Mudah didefinisikan sebagai apabila seseorang itu melihat sesuatu gambar atau video ia dapat fahami dengan mudah apa yang ada dalam gambar tersebut malah mesej yang ingin disampaikan juga difahami tanpa sebarang kekeliruan.

      2.   Warna
Warna didefinisikan sebagai kombinasi warna yang terdapat dalam sesuatu gambar atau video. Warna yang digunakan mestilah menyerlah agar gambar itu kelihatan lebih menarik. Grafik yang baik seharusnya mengandungi tidak lebih daripada tiga warna.

  
        3. Teks
Teks merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam grafik. Untuk menghasilkan grafik yang terdapat teks, kandungan dalam teks perlu diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Pemilihan warna font teks perlulah diambil kira agar mesej dapat disampaikan dengan baik.

       4.  Kesesuaian
Kesesuaian didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa dan latar watak yang terdapat dalam sesuatu gambar atau video. Setiap latar perlulah bersesuaian antara satu sama lain.

       5.  Keseimbangan
Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang kiri dan kanan serta ruang atas dan bawah sesuatu grafik. Setiap ruang yang terdapat dalam sesuatu grafik itu perlulah mempunyai keseimbangan yang sama. 

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim. (2019), Multimedia dalam Bahasa.Selangor: Penerbit UPM

BBM3410Satu: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS OLEH VANDIJK (1977)



                                                             Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topic/tema suatu teks
                                                             Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan
                                                            Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
    
               Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori analisis wacana kritis vandijk, 1977 membahagikan analisi wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Akhir sekali, struktur mikro memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.


RUJUKAN 

Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: UMT Publisher.



 

BBM3410Satu: STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOT (1997)






                     Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scot (1997)
Strategi Penelakan atau Pengurangan
              1.    Pengabaian/ peninggalan mesej
              2.    Pengelakan topik
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan
             3.    Parafrasa (Circum locution)
             4.    Penghampiran
             5.    Penggunaan perkataan semua tujuan
             6.    Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
             7.    Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa(Use of non linguistic means)
             8.    Terjemahan literal
             9.    Pengantarabangsaan
            10.  Pertukaran kod
            11.  Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
       12.  Penggunaan perkataan yang tiada makna/ Use of fillers/ strategi penanda (hesitation devices)

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), kepentingan penggunaan strategi komunikasi ini ialah pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstruktural semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yag tiada makna atau strategi penanda. 

RUJUKAN 

Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: UMT Publisher.

BBN3402SATU2020:PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

                                                                                            Hari berganti hari, masa sentiasa berjalan set...