Cerita sosial 3: Keluarga saya
Terdapat tiga nilai yang wada jumpa dalam cerita ini yang boleh kita
contohi. Antaranya ialah tolong menolong, sikap sabar dan kasih sayang.
Nilai pertama tolong menolong. Ini dapat dilihat dari watak Alim dan adik beradiknya. Setiap hari mereka akan menolong ahli keluarganya membuat kerja rumah seperti mengemas rumah dan menyapu. Sebagai contoh, Alim akan mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai.
Nilai kedua ialah sikap sabar. Dapat dilihat apabila Alim berjaya menghabiskan kerjanya walaupun ada perkara yang dia tidak boleh buat. Selain itu, dia cuba memahami kerja seharian di rumah dan belajar bersabar untuk menyiapkan sesuatu kerja yang dilakukan walaupun kerja itu sukar.
Nilai ketiga ialah kasih sayang. Cerita ini menunjukkan nilai kasih sayang antara keluarga yang sangat kuat. Apabila Alim menyatakan bahawa dia sayang akan keluarganya kepada ahli keluarganya dan keluarganya juga menyatakan bahawa mereka juga sayang akan Alim.
RUJUKAN
Normaliza
Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan
Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: UMT Publisher.